“Sesunguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri ataupun duduk ataupun baring dan mereka banyak berfikir mengenai penciptaan langit dan bumi kemudian berkata ‘Wahai Tuhan kami, kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka”.
(Surah Ali-’Imran:190-191)
Justeru, ayat 190 dalam Surah Ali-’Imran berhubung Ulul Albab merangsang umat Islam supaya menjadi saintis yang mahu dihasilkan mengikut formula Quran adalah saintis yang mengingati Allah di mana sahaja dia berada. Bukan Saintis yang ateis.
Quran menuntut umat Islam yang memiliki minda yang saintifik. Minda yang saintifik pula ialah minda yang kuat berfikir dengan betul, bersifat kritikal, mampu menganalisa data dan fakta, serta mampu mampu membuat andaian dan konklusi kepada apa yang dicerap. Minda saintifik menolak sebarang laporan dan pandangan yang tidak berlapikkan dan dalil. Dalam Surah Al-Israk ayat 36, Allah berfirman yang bermaksud,”Janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.”