Sunday, October 30, 2011

Saintis Yang Mengikut Formula Al-Quran


“Sesunguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri ataupun duduk ataupun baring dan mereka banyak berfikir mengenai penciptaan langit dan bumi kemudian berkata ‘Wahai Tuhan kami, kamu tidak menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka”.
(Surah Ali-’Imran:190-191)

Justeru, ayat 190 dalam Surah Ali-’Imran berhubung Ulul Albab merangsang umat Islam supaya menjadi saintis yang mahu dihasilkan mengikut formula Quran adalah saintis  yang mengingati Allah di mana sahaja dia berada. Bukan Saintis yang ateis.

Quran menuntut umat Islam yang memiliki minda yang saintifik.  Minda yang saintifik pula ialah minda yang kuat berfikir dengan betul, bersifat kritikal, mampu menganalisa data dan fakta, serta mampu mampu membuat andaian dan  konklusi kepada apa yang dicerap. Minda saintifik menolak sebarang laporan dan pandangan yang tidak berlapikkan dan dalil. Dalam Surah Al-Israk ayat 36, Allah  berfirman yang bermaksud,”Janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai  pengetahuan mengenainya.”



Bersama Membangun Generasi Ulul Albab

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Blog ini ditubuhkan untuk memberi kesedaran dan berkongsi ilmu serta sama-sama mendidik masyarakat bahawa pentingnya kita mendidik generasi hari ini ke arah Islam yang sebenar sebagaimana yang diperintahkan Allah swt 1400 tahun dahulu. Bahawa untuk mencetak generasi Islam sehebat Umar Al-Khattab, Ali Bin Abi Thalib, Ubaidah Al-Jarrah, Salahuddin Al-Ayubi dan Muhammad Al-Fateh memerlukan kesedaran dan kefahaman untuk kita bekerja bersama-sama dan seterusnya mengembalikan Islam ke tempat yang paling mulia, menuju ustaziatul alam; menjadi tuan dan pakar rujuk, penguasa  kepada alam ini.